Drama Dia Segalanya Episode Full. Tonton secara online drama adaptasi novel Dia Segalanya karya Sha Ibrahim yang ditayangkan di saluran RTM. Dibintangi oleh Talha Harith dan Uqasha Senrose.
![]() |
| Drama Dia Segalanya |
Drama Dia Segalanya Episod Penuh
Sinopsis, Suraya muncul ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Ini kerana, Datin Rafidah tidak mampu melahirkan anak setelah kelahiran kembar tak seirasnya, Faizul dan Faizal. Suaminya pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan dia begitu teringin untuk menimang anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Faizal sangat menyayangi Suraya sebagai adik bongsu di dalam keluarganya.
Sebaliknya Faizul. tidak dapat menerima kemunculan Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara Suraya dengan dirinya hinggakan Suraya takut bergaul rapat dengannya, apatah lagi untuk berbual mesra dengan Faizul. Suatu hari, tangan Datuk Rashid telah singgah ke pipi Faizul kerana dia mengungkit tentang asal usul Suraya.
Suraya tidak faham kenapa Faizul begitu bersikap dingin dengannya. Tambahan pula lelaki tersebut tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sebagaimana yang selalu dipanggil oleh adik beradiknya yang lain .
Namun ada sebab kenapa Faizul bersifat sedemikian. Ini bagi mengekang perasaan sebenarnya kepada Suraya, beliau lebih rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang tersimpan nun jauh di lubuk hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia yang sudah terpendam lama di hatinya itu pecah ke pengetahuan keluarganya.

No comments:
Post a Comment